Penulisan Ebook

Apa khabar hari ini?

Mungkin kita semua rasa resah dengan peningkatan kes covid-19.

Kemungkinan untuk kembali ke musim PKP tetap ada demi kebaikan bersama. Harapnya tidak. Moga Allah pelihara kita semua. Ameen.

Apapun, kelangsungan hidup perlu diteruskan. Jangan pernah mengalah.

Pagi ini team #MSGA trainers pastinya sedang sibuk dengan tugasan “upgrade” hingga ke waktu penamat.

Maklumlah tepat jam 12 tengah hari, sekejap lagi, promosi pkpp pun berakhir.

Tahniah kepada semua peserta yang bakal mengikuti kelas TTT & ETC yang akan bermula 3 Oct 2020 secara online. Group yang paling besar setakat ini. Alhamdulillah.

Mereka antara yang telah membuat pilihan bijak untuk bersama-sama keluarga besar Certified Trainers MSGA iaitu untuk sama-sama berjuang dalam jihad penyebaran ilmu melalui penulisan ebook.

Bukan itu sahaja mereka bakal memiliki platform ebookstore yang lengkap.

Bukan hanya satu ebookstore malah berpeluang untuk memiliki rangkaian ebookstore di alam maya melalui sistem yang unik di hujung jari, tanpa sempadan.

Perjuangan kami bukan sekadar menjana pendapatan, tetapi lebih dari itu. Kami bergerak dalam kumpulan yang kecil, kemudian dengan izinNya, semakin berkembang. Kini kami seolah dalam satu keluarga yang saling membantu antara satu sama lain.

Pelbagai #kluster team penulis baru yang wujud.

Sesungguhnya,masing-masing mempunyai pengalaman dan kreativiti yang sangat hebat yang boleh menjadi inspirasi dan juga ilmu baru melalui setiap patah perkataan yang dicatatkan dalam ebook mereka.

Ada kluster doktor, guru, surirumah, pensyarah, pelajar, usahawan, editor dan penulis buku dan pelbagai lagi.

Mereka ini semua mampu menggerakkan semula tradisi ilmuan silam yang tidak akan terlepas dari bidang penulisan. Semuanya tidak mustahil dengan izin Allah.

Jika tidak, bagaimanakah kita untuk peroleh ilmu tanpa membaca buku-buku hasil karya orang terdahulu yang masih kekal hingga generasi sekarang?

Syabas semua diucapkan kepada semua pencinta ilmu. Moga kita semua istiqamah dan segala usaha kita diberkatiNya jua.

Terima kasih semua sahabat trainers yang dikagumi. Terutamanya kepada Founder Master Shiro Hasrul Roslan yang kami hormati tidak pernah jemu membimbing kami walaupun hingga ke larut malam, di sebalik masalah kesihatan yang dihadapinya.

Kepada bakal trainers dan penulis baru selamat datang. In sya Allah kalian juga bakal bergelar usahawan ebook.

Team kami di Itqan juga akan terus bersama-sama berjuang bersama team MSGA untuk melahirkan lebih ramai lagi mereka yang ingin bersama-sama untuk sebarkan ilmu dan manfaatkan ruang yang ada dengan dunia digital ini.

Moga perjuangan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. Ameen.

#duniaebookitqan
#MSGA
#mastershiro
#catatanbizRH