KELAS ASAS TULIS EBOOK

Dibawakan Khas kepada team MSGA-Itqan yang pernah sertai mana-mana kursus, bengkel atau webinar yang berkaitan dengan ebook dibawah anjuran Itqan sebelum ini.

Bersempena PKP 2.0 ini, kami dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua untuk menyertai kelas Asas Tulis Ebook atau refresh session yang dibawakan oleh Puan Ramlah dan Ticer Salina secara atas talian melalui aplikasi ZOOM bermula esok (Khamis) malam (minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan) secara PERCUMA.

Jadi, kepada yang berminat untuk menyertai kelas tersebut, boleh hubungi no Hotline yang tertera.

Jika belum pernah menyertai mana-mana kursus, bengkel, atau webinar yang berkaitan dengan ebook dibawah anjuran Itqan, Tuan Puan boleh berdaftar dahulu sesi webinar untuk malam ini di link dibawah:

http://bit.ly/DaftarWebinarDanUsahawanEbook

Tuan puan bakal perolehi:
1) 2 ebook PERCUMA
2) Webstore ebook PERCUMA
3) Sesi zoom Asas Tulis Ebook PERCUMA (zoom selama 90 minit).

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
https://asastulisebook.wasap.my

Penulisan Ebook

Apa khabar hari ini?

Mungkin kita semua rasa resah dengan peningkatan kes covid-19.

Kemungkinan untuk kembali ke musim PKP tetap ada demi kebaikan bersama. Harapnya tidak. Moga Allah pelihara kita semua. Ameen.

Apapun, kelangsungan hidup perlu diteruskan. Jangan pernah mengalah.

Pagi ini team #MSGA trainers pastinya sedang sibuk dengan tugasan “upgrade” hingga ke waktu penamat.

Maklumlah tepat jam 12 tengah hari, sekejap lagi, promosi pkpp pun berakhir.

Tahniah kepada semua peserta yang bakal mengikuti kelas TTT & ETC yang akan bermula 3 Oct 2020 secara online. Group yang paling besar setakat ini. Alhamdulillah.

Mereka antara yang telah membuat pilihan bijak untuk bersama-sama keluarga besar Certified Trainers MSGA iaitu untuk sama-sama berjuang dalam jihad penyebaran ilmu melalui penulisan ebook.

Bukan itu sahaja mereka bakal memiliki platform ebookstore yang lengkap.

Bukan hanya satu ebookstore malah berpeluang untuk memiliki rangkaian ebookstore di alam maya melalui sistem yang unik di hujung jari, tanpa sempadan.

Perjuangan kami bukan sekadar menjana pendapatan, tetapi lebih dari itu. Kami bergerak dalam kumpulan yang kecil, kemudian dengan izinNya, semakin berkembang. Kini kami seolah dalam satu keluarga yang saling membantu antara satu sama lain.

Pelbagai #kluster team penulis baru yang wujud.

Sesungguhnya,masing-masing mempunyai pengalaman dan kreativiti yang sangat hebat yang boleh menjadi inspirasi dan juga ilmu baru melalui setiap patah perkataan yang dicatatkan dalam ebook mereka.

Ada kluster doktor, guru, surirumah, pensyarah, pelajar, usahawan, editor dan penulis buku dan pelbagai lagi.

Mereka ini semua mampu menggerakkan semula tradisi ilmuan silam yang tidak akan terlepas dari bidang penulisan. Semuanya tidak mustahil dengan izin Allah.

Jika tidak, bagaimanakah kita untuk peroleh ilmu tanpa membaca buku-buku hasil karya orang terdahulu yang masih kekal hingga generasi sekarang?

Syabas semua diucapkan kepada semua pencinta ilmu. Moga kita semua istiqamah dan segala usaha kita diberkatiNya jua.

Terima kasih semua sahabat trainers yang dikagumi. Terutamanya kepada Founder Master Shiro Hasrul Roslan yang kami hormati tidak pernah jemu membimbing kami walaupun hingga ke larut malam, di sebalik masalah kesihatan yang dihadapinya.

Kepada bakal trainers dan penulis baru selamat datang. In sya Allah kalian juga bakal bergelar usahawan ebook.

Team kami di Itqan juga akan terus bersama-sama berjuang bersama team MSGA untuk melahirkan lebih ramai lagi mereka yang ingin bersama-sama untuk sebarkan ilmu dan manfaatkan ruang yang ada dengan dunia digital ini.

Moga perjuangan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. Ameen.

#duniaebookitqan
#MSGA
#mastershiro
#catatanbizRH

Kerana COVID-19, Saya Berjaya Tulis Buku!

Musim COVID-19 yang menyedihkan. Bukan saja sebab virus bahaya ni sangat senang menyerang, tapi kerana virus sekecil beberapa micron ini jugalah, rakyat Malaysia dikehendaki menjalani perintah perjalanan terhad, bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Banyak syarikat mula membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah, walaupun praktis ini belum in-trend untuk rakyat Malaysia. Sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup, sebarang perhimpunan adalah dilarang, majlis kahwin terpaksa dibatalkan – semuanya demi memutuskan peningkatan mendadak penyebaran virus ini.

Peristiwa ini sesuatu yang tak pernah dialami kebanyakkan rakyat Malaysia, sehingga pada awalnya menimbulkan pelbagai salah faham dan kekecohan. Media sosial hangat dengan posting-posting dan komen-komen mengecam tindakan mereka yang ‘buat selamba’ keluar rumah atau balik kampung mahupun pergi bercuti! Hinggalah PM perlu merayu rakyat Malaysia supaya “stay at home and take care of your family”.

14 hari.

Hanya 14 hari kita semua perlu akur dengan perintah perjalanan terhad ini demi kebaikkan bersama. Anda dah ada plan nak buat apa sepanjang 14 hari ni? Bagi yang bekerja, biasa bertemu dan bersembang dengan rakan-rakan pejabat, tentu ‘mati kutu’ bila kena menghadap PC seorang diri di rumah. Lainlah buka laptop di café. Ini, café pun tak boleh dine-in! Apa nak buat???

Mari sertai kelas menulis e-book dengan kami. Kelas ni virtual dalam WhatsApp, jadi anda selamat dari COVID- 19 dan masih mematuhi perintah kerajaan. Anda akan dapat pengalaman baru belajar secara dalam talian, bersama rakan baru yang tak perlu bersua muka!

COVID-19, tentu peristiwa ini banyak meninggalkan kesan dalam sejarah hidup kita. TULIS. Kongsikan dalam bentuk buku digital. Kelas ini kelas tulis dan terbit. Jadi anda sangat berpeluang untuk segera merebut kehangatan peristiwa ini dengan berkongsi tips atau panduan mahupun pun coretan peribadi anda. Yang paling best, buku terus terbit dan anda terus boleh dapat bayaran bila ada pembeli!

Akhir kata, kita tak pasti adakah perintah ini akan berhenti dengan keputusan yang baik pada akhir bulan ini. Mungkin perintah berkurung terus bersambung, seterusnya memberi kesan kepada ekonomi, pekerjaan dan pendapatan kita. Jadi, rebut peluang ini. Isi masa 14 hari ini dengan sekurang-kurangnya menulis sebuah ebook! Mudah-mudahan, ada rezeki pendapatan dalam matawang USD!

Hari ini exchange rate, RM150 bersamaan dengan hanya USD34. Letak harga sebuah USD3, anda hanya perlu jual pada 11 orang, terus balik modal! Klik terus link ini untuk daftar KELAS STANDARD (ONLINE) http://ebook.itqanprofessional.com/